The thing is inside you...waiting to be discovered.

Poyo..(discover or discovered?)

Kekuatan dan kelemahan seseorang tu terletak pada diri sendiri. Yang penting is the kepeercayaan yang kita taruk kat diri kita. For example kunun; Kita disyorkan oleh macik kite lah contohnye kalau kite makan vitamin minda kuat ni kite akan jadi cepat pikap ape yang kite belanja.Konon cam benda tuh meransang minda..Padahl vitamin tuh xder effect pon.Tapi sebab kite termakan kate2 manis macik kite tuh maka kite pon cube..(yer aku tau x sume percaye ape orang len syorkan)...

The thing is ekceli kekuatan,kerajinan,kesungguhan,kemantapan tu sume datang dari diri kite sendiri.cume kite xde keyakinan nak buat ape yang kite nak lebih lebih lagi kite selalu fikir diri kita tak layak atau x mampu buat...So,kesimpulannya kite mesti yakin dan berani untuk menyuarakan pendapat.supaya kita tidak kalah pada situasi.

nota kecil: aku sendiri masih berusaha untuk menaikkan keyakinan sendiri sebab aku penakut.

Seluar kecik bawah ade zip

Hidup aku bermakna betol arini...lamenye rase x update blog sendiri.Pagi2 lagi aku dah bangun dengan cargas...tak pagi sangat lah..kul 11 in the morning baru bangun.tuh yang cargas len macam..untuk hidupkan mood bangun dari katil aku play lah video dlm henpon aku..video dak kerja aku yang kena menari sebab masuk lambat...lucu.

Dengan harapan yang tinggi aku bangkit lah dari katil aku yang sedikit retak,x sampai 8 saat mak aku dah soh aku gi beli santan 2 kotak kat kedai runcit bawah umah...aku sarung pakaian dalam,cuci mate sikit terus turun. Pagi2 lagi aku dah belajar mengira untung rugi. Satu santan kotak kecik 200ml harge RM2..santan 500ml harge rm3.90...MOTIF!!!gile rugi beli santan kecik.
So aku buat keputusan untuk beli yang 500ml.~bak kate lili...SYABAS.

Selepas tuh aku jalani hidup aku seperti biasa meluangkan masa bersama cinta dan kawan2.Dilanjutkan masa itu sampai ke 11 malam...lalalalalallalalalalalalalalalala(ni lah ringtone henpon aku)...mak aku dah kol..~~aaaa,dah kul brape ni?bile nak balik?dari pagi siang keluar x reti balik...balik balik.

aku pon balik.tukar baju tido.tapi x reti2 lagi nak tido.tuh yang mengadap PC ni..
Selesailah carutan aku disini..salap salap salap.

UNDUR DIRI~

Pengakuan yang entah bermakna atau tidak.

Cinta,aku mengerti perasaan kau. Aku tidak menyalahkan kau atas apa yang kau kata atau kau fikir. Mungkin kerna pengalaman sepanjang kita bercinta.Kau mula berfikir, kau mula berwaspada. Segala karenah aku kau layan,kau sabar menerima,kau sabar memahami.

Cinta, aku mengaku dulu aku bukanlah kekasih yang setia. Aku curang, aku membohongi kau dalam sesetengah perkara. Namun,itu semua dulu, saat itu aku masih cuba mengenali erti setia. Walau besar salahku,kau tetap tabah menerima aku kembali.

Cinta, ini sekarang. Aku cuba berubah. Aku ingin kau tahu bahawa walau beribu putera yang aku kenali hanya kau seorang dihati. Dalam setiap gerak-geri aku sentiasa mengingati kau. Jangan kau bimbang namun aku tak memaksa. Kau punya perasaan dan aku tidak berhak menghalang.

Cinta, ingin aku tekankan, paras rupa bukan keutamaan.Cukuplah sekadar sedap mata memandang. Aku cinta kau dengan apa yang ada pada kau seadanya. percayalah kata aku bukan dusta. Misal aku sudah tidak boleh menerima akan aku berterus terang pada kau bahwa aku sudah tiada ruang untuk kau dihati.

Cinta, seperti yang kau pernah berkata, perasaan manusia berubah-ubah. Kerna statement itu aku tidak gagah berjanji pada kau "aku cinta kau forever". Jauh disudut hati aku cuba untuk mengekalkan hubungan ini. Aku cuba untuk menyayangi dan mencintai kau sepenuh hati malah cuba untuk bersama kau sehidup semati. Kerna aku sendiri tidak berkuasa mengawal masa hadapan aku cuma mengikut apa yang telah ditentukan. Hidup mati ditangan Tuhan apatah lagi jodoh pertemuan. Aku setia kau juga setia tapi jika tidak dijodohkan tiada guna kata manis yang diucapkan.

Cinta, aku cuma mahu kau memahami sekali lagi, didalam entri ini mungkin aku akan berkata "sayang,aku cinta kau sampai mati".Tapi adakah itu bermakna selamanya?? Kata-kata manis bagiku hanyalah sebagai perhiasan untuk memuaskan perasaan seseorang. Maka haruslah kau mengerti bahawa aku tidak mengharapkan sesuatu dari kau untuk jangka masa yang panjang ini.

Cinta, sekarang kau kata perasaan aku mungkin berubah tapi pernahkah kau fikir bahwa suatu masa nanti kau pula yang berubah?pernahkah?

Cinta, entri ini bukan untuk menyakiti hati kau tapi untuk aku membuktikan bahwa aku masih mencintai lelaki yang aku kenali dulu dan masih mencintai lelaki yang aku kenali sekarang. Dengan satu nama satu identiti namun lain perwatakan aku tetap mencintai aku seadanya kerna kau adalah lelaki pilihan aku. Jika aku sudah loya maka aku kan katakan pada kau apa yang sepatutnya.

Cinta, aku tahu kau masih ragu. Apakan daya ini saja yang mampu aku katakan. Percaya atau tidak itu ada pada tangan kau.

*Buntu idea.

Transformers tu perlu ke untuk digilakan sangat.

Sejak dari hari first transformers tu kene tayang,tiket cite tu asyik sold out jer.Pertama kalinya aku gi Times Square tengok makhluk manusia beratur lebih 1000km nak beli tiket(xyahlah caye babal).Tak pasal-pasal aku yang tanak tengok Transformers kena beratur sekali..palat!.tapi aku x kisah,sebab pas 5 minit aku keluar dari barisan dan terus meluru ke kaunter tiket.YES,aku tipu.malas doh nak beratur.so aku blah je.Len kali ar tengok.Persoalannya..kenapa aku tak suke Transformers?Sebab mase kecik dulu aku x suke tengok kartun die pon.kenapa sekarang bile benda tuh dah jadi femes,and bile ramai orang histeria nak tengok cite tu maka aku pon poyo2 minat.(elok sikit perangai tu za,x beik hipokrit).Tanye sikit.....

Sok kerja,sekarang dah 12.34 pagi.Hoho....kononnye tadi si Azza ni nak study untuk mock call sok.Bile nampak PC sehelai atas meja terus cam lupe sumenye.Skang dah ingat balik and damn aku tak iron baju lagi.Semak-semak.

Teruskan kehidupan.Sok ko cantik.(rasa diri sendiri bagus)









p/s:abah die ar,asal aku rase cam entri aku akhir2 ni cam kimak.