Like-ing my style

Cakap semanis madu,
Cair jiwa seperti cokelat atas kuali berapi,
Hanya engkau yang ku mahu,
Rasa gembira bila kau disisi,

Ingin terbang di awanan,
Dan jeritkan namamu,

eh eh...teratai!

Hidup seperti sempurna,
Kehadiran dia buat ku bahagia,
Mungkin sementara mungkin juga selamanya,
Ketandusan kata-kata,
Senyuman pelangi terukir,
Dari yang terukir itu tercipta satu cerita.

Kelapa parut garis panjang.

Kau kata aku "someone"
Aku kata kau seorang!
Kau tetap ulang aku "someone special"
Kan aku kata aku tak paham,
Kau tetap terangkan -kalau boleh letak lampu di depan,
Aku pun "surrender"
Kau akhirnya berkata,
Aku kau yang punya!!

*even the skies is falling down

Jangan nak berkias sangat

Kalau kau milikku,
Akan ku bebaskan dirimu,
Segala perilaku mu aku relakan,
Agar kau bahagia dengan aku,
Aku bosan dengan cinta dulu-dulu,
Kerna 'kamonlah' ini dunia baru.

Berlari ke Batu Caves

Tiada maksud menggurismu,
Ku sedar diriku tak mampu,
Kau adalah sesuatu,
Dan aku hanya pendamkan,
Tak sanggup ku ucapkan kerna takut kehilangan,
Biar kata orang aku "player"
Aku kenal diri aku siapa,
Aku manusia yang tak bisa memberi kepada yang terlebih memberi..

Takkan lagi mempersiakannya.

Katakan sahaja suara hati mu,
Aku akan sabar menunggu,
Biar jawapan bukan seperti yang ku harapkan,
Namun aku puas dapat mendengar,
Dari tertanya-tanya dan menjadi gila,
Perlukah rahsia kalau ia benar,
Tunjukkan sahaja laku mu agar ku paham,
Agar aku sedar dan janganlah kau pertikaikan,
Aku sekadar puas dapat mendengar,
Tak perlu risau kerna aku takkan simpan.

(currently listening to kelibat si penyair and adrenalin)

The story begins..


May happily ever after

( guna hp je) i sayang korang

Landskap fikiran.

Lambaian perasaan melalui lukisan,
Lukisan yang dicanting dengan makna,
Golakan jiwa berlaku diantara,
Diantara mereka yang hanya tahu,
Tubuh ku kaku,
Minda ku melayang ke dimensi lain,
Dimensi yang hanya aku dan dia.

Knowing is better then not knowing at all.

Mood=Demam mengada

Cara menyayangi seseorang.Aku tak berapa nak reti terangkan.Tapi aku cerita ikut apa aku paham.

Hidup ni macam kita bela burung lah contohnya. Kita sayang burung tu. Kita bagi burung tu makan,minum dan kalau boleh kita nak tengok burung tu setiap hari. Sebab kita takut burung tu terbang jauh, kita pun kurung lah dalam sangkar.

Pernah ke kita fikir perasaan burung tu macam mane. Burung dicipta untuk terbang bebas. tapi kenapa kita hadkan kebebasan beliau.

So, samalah dengan manusia. Kalau kita betul sayang kat seseorang tu kita kena biarkan dia pilih cara hidup dia. Janganlah dok sibuk nak halang. mula-mula nak halang memang lah cam caring jer. dah lame-lame rase menyampah gak. Itu apa yang aku rasa. Tu sebab sekarang ni orang yang aku sayang semua aku lepaskan. Bila tiba masa nanti jumpa lah balik.kan kan??

I spend my time just thinking about you.

Hidup aku muzik,
Ada indah ada gundah,
Layarkan diri ke dunia sendiri,
Dengarkan alunan nada romantis,
Kasar diri lembut dihati,
Maksud tersimpan dalam setiap lirik,
Dan setiap lirik memberi aku kekuatan,
Menguatkan perjuangan untuk mengejar yang depan.

mood mengada


Kiriman kepada diri sendiri.

Hujan malam bawak angin sejuk..

Ingin saja aku kata,
Ingin saja aku sentuh,
Aku nak kata aku suka,
Tapi aku takut nanti terluka,
Bukan aku yang luka,
Tapi mereka...

Bukannya suka sangat,
Mungkin hati yang senang lekat,
Hairan fikir ku,
Senang nak lekat..senang juga nak lupa,
Senyum gembira atau senyum yang gatal,
Ahh,biarkan sebab aku tak bagi harapan.

Say a single word.

Cantik tak secantik dulu,
Indah tak seindah sekarang,
Gusarnya hati mengira yang datang,
Hentikan masa agar aku faham,
Apa yang telah terjadi sudah pun jadi,
Apa lagi yang perlu aku lakukan supaya aku memahami,
Berpura-pura kata biasa padahal kental menahan pedih dihati,


Lintas langsung.

Ayat kau sungguh indah,
Tapi apa aku kisah,
Esok kan ada,
Jadi aku kena gembira,
Kalau tak nama aku bukan AZZA.

Because I think I'm a Dumb Ass..shiiitttt.

Hati panas susah nak lelap,
Bila tak lelap mula lah nak marah-marah,
Semua benda pun tak kena,
Semua benda pun salah,
Semua benda pun menyampah,
Semua benda nak di campak,
Semua benda nak di maki,

Bila fikir lagi,
Kadang rasa salah,
Kadang rasa kenapa salah!!,
Nak saja aku lepaskan,
Nak saja aku teriakkan,
Nak saja aku buktikan,
Tapi sebab 'kadang rasa salah',
Yang 'nak saja' itu aku pendamkan,

Apa kah celaka,
Apa kah kau.
Kau diam jangan berkata,
Kerna ini hanya luahan rasa,
Aku tak kata kau ada kena mengena,
Tapi kalau dah baca jangan nak terasa,
Sebab entri memang tak bermakna,
Hanya emosi semata-mata,
Biar kan saja...Noktah.

Tanpa maksud

Aku jalan sambil gelak ketawa,
Aku tiba-tiba terdengar "azza"
Aku pandang aku toleh,
Aku kata "eh kau!HIJAU",
Aku selamba ja,
Aku pun lalu lepas sentuh tangan,
Aku rasa aku kenal.
Aku jalan ja terus,
Aku pon order nasi lemak,
Aku makan dan kenyang,sedut sikit limau ais

Aku sedar sekarang aku dah kat depan PC.
Tapi bukan dirumah tapi kat CC.
Kawan-kawan aku ade kat kanan and kiri,
Aku buat-buat lah tak reti,
Pastu aku sekarang tengah taip-taip gune jari.
Dorang main Dota tak henti-henti,
Aku tak main sebab buta IT,
Bile dah takda kerja ini yang terjadi...

woi!!sok aku cuti.

Mencurahkan sirap ke baju.

Pengakhiran yang sempurna adalah bila kepuasan itu ada.
Walau pengakhiran itu kecewa namun sangat bermakna.
Biarkan saja kenangan lama kerna esok masih ada.
Kata orang "patah tumbuh hilang berganti".
Tapi patah hati dah taknak tumbuh lagi.
Persetankan kata hati teruskan mencari.


Terus mengejar tanpa noktah.