Hantarkan aku,dia!


Hari ini aku suka,
Kerana ada dia,
Aku masak untuk dia,
Dan dia pun tambah sekali dua,
Aku lihat sambil gembira,

Kami gelak-gelak suka,
Berborak macam biasa,
Aku pandang wajahnya rasa sukar untuk lepaskan,
Hati bertanya-tanya,
Apakah ini kerana masa,
Atau benar cinta itu ada,

Kami gelak-gelak suka,
Berborak macam biasa,
Apa status ini?
Kerna kami bukan kekasih hati,

Masa makin suntuk,
Kau harus pergi menahan sungai,
Aku terpaksa relakan,
Walau hati tidak ingin berjauhan,

Butohkan kata hati,
Tamparkan muka sendiri!
Sedarlah dari mimpi,
Jangan berangan lagi,
Aku masih muda dan banyak yang masih menanti,

Tapi,aku tahu kau aku yang punya dan aku kau yang punya!!
Itu status kita dan simpanlah hingga ke hari tua,
Kerna status kita sangat tidak terkata.

Tanpa title..

Malam dulu kau muncul dalam hidup aku,
Aku fikir itu hanya muncul yang sementara,
Rupanya muncul itu muncul yang mungkin selamanya,
Hadir kau buat aku bahagia,
Hadir kau buat aku senyum saja,
Hadir kau meyakinkan aku hidup ini sangat bermakna,
Kau senyum aku suka,
Kau berbual pun aku suka,
Setiap bualan itu menyentuh perasaan dan jiwa,

Aku fikir lagi,
Mungkin malam itu malam yang dirancang,
Hanya tidak disedari oleh kau dan aku yang hanya manusia biasa,

Dulu aku senang jatuh cinta,
Sekarang aku tak mahu jatuh,
Kerana aku mahu sentiasa bangunkan cinta,
Bangun dan berada sentiasa disisi kau,

hati kecilku terselit dirimu!

chesdale

Ku membisu bukan kerana cemburu,
Tapi sebab berbulu,
NAK saja aku tampar muka mu,
Tapi nasib baik hati tak mahu!