Pengakuan yang entah bermakna atau tidak.

Cinta,aku mengerti perasaan kau. Aku tidak menyalahkan kau atas apa yang kau kata atau kau fikir. Mungkin kerna pengalaman sepanjang kita bercinta.Kau mula berfikir, kau mula berwaspada. Segala karenah aku kau layan,kau sabar menerima,kau sabar memahami.

Cinta, aku mengaku dulu aku bukanlah kekasih yang setia. Aku curang, aku membohongi kau dalam sesetengah perkara. Namun,itu semua dulu, saat itu aku masih cuba mengenali erti setia. Walau besar salahku,kau tetap tabah menerima aku kembali.

Cinta, ini sekarang. Aku cuba berubah. Aku ingin kau tahu bahawa walau beribu putera yang aku kenali hanya kau seorang dihati. Dalam setiap gerak-geri aku sentiasa mengingati kau. Jangan kau bimbang namun aku tak memaksa. Kau punya perasaan dan aku tidak berhak menghalang.

Cinta, ingin aku tekankan, paras rupa bukan keutamaan.Cukuplah sekadar sedap mata memandang. Aku cinta kau dengan apa yang ada pada kau seadanya. percayalah kata aku bukan dusta. Misal aku sudah tidak boleh menerima akan aku berterus terang pada kau bahwa aku sudah tiada ruang untuk kau dihati.

Cinta, seperti yang kau pernah berkata, perasaan manusia berubah-ubah. Kerna statement itu aku tidak gagah berjanji pada kau "aku cinta kau forever". Jauh disudut hati aku cuba untuk mengekalkan hubungan ini. Aku cuba untuk menyayangi dan mencintai kau sepenuh hati malah cuba untuk bersama kau sehidup semati. Kerna aku sendiri tidak berkuasa mengawal masa hadapan aku cuma mengikut apa yang telah ditentukan. Hidup mati ditangan Tuhan apatah lagi jodoh pertemuan. Aku setia kau juga setia tapi jika tidak dijodohkan tiada guna kata manis yang diucapkan.

Cinta, aku cuma mahu kau memahami sekali lagi, didalam entri ini mungkin aku akan berkata "sayang,aku cinta kau sampai mati".Tapi adakah itu bermakna selamanya?? Kata-kata manis bagiku hanyalah sebagai perhiasan untuk memuaskan perasaan seseorang. Maka haruslah kau mengerti bahawa aku tidak mengharapkan sesuatu dari kau untuk jangka masa yang panjang ini.

Cinta, sekarang kau kata perasaan aku mungkin berubah tapi pernahkah kau fikir bahwa suatu masa nanti kau pula yang berubah?pernahkah?

Cinta, entri ini bukan untuk menyakiti hati kau tapi untuk aku membuktikan bahwa aku masih mencintai lelaki yang aku kenali dulu dan masih mencintai lelaki yang aku kenali sekarang. Dengan satu nama satu identiti namun lain perwatakan aku tetap mencintai aku seadanya kerna kau adalah lelaki pilihan aku. Jika aku sudah loya maka aku kan katakan pada kau apa yang sepatutnya.

Cinta, aku tahu kau masih ragu. Apakan daya ini saja yang mampu aku katakan. Percaya atau tidak itu ada pada tangan kau.

*Buntu idea.