Pengakuan yang entah bermakna atau tidak.

Cinta,aku mengerti perasaan kau. Aku tidak menyalahkan kau atas apa yang kau kata atau kau fikir. Mungkin kerna pengalaman sepanjang kita bercinta.Kau mula berfikir, kau mula berwaspada. Segala karenah aku kau layan,kau sabar menerima,kau sabar memahami.

Cinta, aku mengaku dulu aku bukanlah kekasih yang setia. Aku curang, aku membohongi kau dalam sesetengah perkara. Namun,itu semua dulu, saat itu aku masih cuba mengenali erti setia. Walau besar salahku,kau tetap tabah menerima aku kembali.

Cinta, ini sekarang. Aku cuba berubah. Aku ingin kau tahu bahawa walau beribu putera yang aku kenali hanya kau seorang dihati. Dalam setiap gerak-geri aku sentiasa mengingati kau. Jangan kau bimbang namun aku tak memaksa. Kau punya perasaan dan aku tidak berhak menghalang.

Cinta, ingin aku tekankan, paras rupa bukan keutamaan.Cukuplah sekadar sedap mata memandang. Aku cinta kau dengan apa yang ada pada kau seadanya. percayalah kata aku bukan dusta. Misal aku sudah tidak boleh menerima akan aku berterus terang pada kau bahwa aku sudah tiada ruang untuk kau dihati.

Cinta, seperti yang kau pernah berkata, perasaan manusia berubah-ubah. Kerna statement itu aku tidak gagah berjanji pada kau "aku cinta kau forever". Jauh disudut hati aku cuba untuk mengekalkan hubungan ini. Aku cuba untuk menyayangi dan mencintai kau sepenuh hati malah cuba untuk bersama kau sehidup semati. Kerna aku sendiri tidak berkuasa mengawal masa hadapan aku cuma mengikut apa yang telah ditentukan. Hidup mati ditangan Tuhan apatah lagi jodoh pertemuan. Aku setia kau juga setia tapi jika tidak dijodohkan tiada guna kata manis yang diucapkan.

Cinta, aku cuma mahu kau memahami sekali lagi, didalam entri ini mungkin aku akan berkata "sayang,aku cinta kau sampai mati".Tapi adakah itu bermakna selamanya?? Kata-kata manis bagiku hanyalah sebagai perhiasan untuk memuaskan perasaan seseorang. Maka haruslah kau mengerti bahawa aku tidak mengharapkan sesuatu dari kau untuk jangka masa yang panjang ini.

Cinta, sekarang kau kata perasaan aku mungkin berubah tapi pernahkah kau fikir bahwa suatu masa nanti kau pula yang berubah?pernahkah?

Cinta, entri ini bukan untuk menyakiti hati kau tapi untuk aku membuktikan bahwa aku masih mencintai lelaki yang aku kenali dulu dan masih mencintai lelaki yang aku kenali sekarang. Dengan satu nama satu identiti namun lain perwatakan aku tetap mencintai aku seadanya kerna kau adalah lelaki pilihan aku. Jika aku sudah loya maka aku kan katakan pada kau apa yang sepatutnya.

Cinta, aku tahu kau masih ragu. Apakan daya ini saja yang mampu aku katakan. Percaya atau tidak itu ada pada tangan kau.

*Buntu idea.

Transformers tu perlu ke untuk digilakan sangat.

Sejak dari hari first transformers tu kene tayang,tiket cite tu asyik sold out jer.Pertama kalinya aku gi Times Square tengok makhluk manusia beratur lebih 1000km nak beli tiket(xyahlah caye babal).Tak pasal-pasal aku yang tanak tengok Transformers kena beratur sekali..palat!.tapi aku x kisah,sebab pas 5 minit aku keluar dari barisan dan terus meluru ke kaunter tiket.YES,aku tipu.malas doh nak beratur.so aku blah je.Len kali ar tengok.Persoalannya..kenapa aku tak suke Transformers?Sebab mase kecik dulu aku x suke tengok kartun die pon.kenapa sekarang bile benda tuh dah jadi femes,and bile ramai orang histeria nak tengok cite tu maka aku pon poyo2 minat.(elok sikit perangai tu za,x beik hipokrit).Tanye sikit.....

Sok kerja,sekarang dah 12.34 pagi.Hoho....kononnye tadi si Azza ni nak study untuk mock call sok.Bile nampak PC sehelai atas meja terus cam lupe sumenye.Skang dah ingat balik and damn aku tak iron baju lagi.Semak-semak.

Teruskan kehidupan.Sok ko cantik.(rasa diri sendiri bagus)









p/s:abah die ar,asal aku rase cam entri aku akhir2 ni cam kimak.

malu tapi suka....Urbanscapes 2009.

wohohoho.buat julung-julung kalinya aku menjadi seperti seorang fanatic yang x keruan..Aku tabik habis ar kat merah ni a.k.a Zahiril Adzim..Thanx to lili yang pergi sergah mamat ni sampai sikit gi nak tercekik air coke(kalau aku x silap).Aku x kisah aku serabai dalam ni yang penting ko rock..

Sakai tol azza ni.kawan korang ker wei?

Klue urbanscapes masyukkan BENANG.


Ini interframe jer.ape masalah dorang tah.


pergh semalam one day berjemur,berhujan dan bermalam-malam di KLpac.Seronok.dapat amek gambar ngan zahiril adzim..ko rock dowh!!haha.Booth kitorang jadi tumpuan sebab sain yang aku buat..pelik sgt ker.aku x paham.


------------------------------------------------------------------------------------------------
Today,tido ke laut...kul 11 pagi baru bangun.rase cam frust jer sbb mlm tadi aku tido kul 5.sepatutnyer aku kenalah bangun kul 1 tengahari.tak adil betol mate ni...Siap2 gi keluar ngan okie,tapi kul 1.31 ptg dah kena balik umah.

Aku tatau aper motif aku update blog.TAdi aku rase cam ader banyak gile idea dalam otak aku.Bile on jer PC sume idea hilang seperti melepaskan kentut ditangga.Kecewa.

Makan.

Perginya Michael Jackson


Aku bangun pagi jer adek aku and kazen aku bising.Michael Jackson mati.Aku tanyer kenapa??(Breaking News) Michael Jackson Died, Perginya Seorang Raja Pop Dunia


Bace lah...Blog ni kazen aku yang punye.Sila lah bace.

Tapi aku rase macam aku ader kuase.Sebab semalam ngah lepak makan jagung Aloha ngan melow depan 7e aku baru cakap ape jadi kalau Jackie Chan mati.Gila kontroversi!!Alih-alih Michael Jackson yang arwah dulu.Pon kontroversi gak.

In my opinion yang sahih xder sape yang leh ganti kedua-dua jack ni....

Ape yang terjadi jika....

Ape yang terjadi jika....


Aku tak duduk kat tempat aku berada sekarang?
Aku seorang lelaki?
Aku mengamalkan seks bebas?
Aku seorang yang genius?
Aku seorang yang kaya?
Aku seorang yang sangat cantik & tinggi cam model antarabangsa?
Aku seorang yang berpura-pura?
Aku tiada keluarga?
Aku xder kawan?
Aku xder payudara?
Aku xder matlamat hidup?

atau

Aku bukan ape yang aku ader sekarang...

Maknenye aku bukanlah Azza Taidin.
Mungkin aku adelah seorang lelaki yang kacak dan jambu malah berbody menggiurkan semua wanita disekeliling.Pulak tuh aku mengamalkan seks bebas sebab aku sangat kaya dan kegeniusan aku membuat ayat2 cinta mengaburi semua wanita.

Nasib baik aku bukan lelaki sebab aku lagi suke diri aku yang sedia ada.

p/s:ini entri mengarut...sial jangan ambil berat.

ikan masin tumbuk ikan bilis sape menang?

Dah 3 minggu aku kerja.Best jugak kerja.Kat tempat kerja aku, aku kenal ramai orang.Dorang best.Ader gak yang x best.Ahh,malas ar cite pasal kerja.

Aku nak cite pasal tadi aku baru pas kopek luke kat kaki.best kot..Tibe2 aku kena buzz ngan si Rizza romeo..Aku pgl die camtu sebb suare die line panas dowh..bukan aku syok kat die lahanat!!and bukan aku sorang jer yang rase suare die cam kimak.suare die jenis spesies yang jarang ditemui..malu untuk aku katekan suare die sgt sopan santun dan berwibawa..ok.abaikan pasal rizza ni..bile pas die buzz aku tuh mesti ar aku terkejut skit jer,terus aku tertarik luke yang keras tuh..pedih mak aih..tapi best..lubang dalam dowh.boleh la masukkn m&m seketul.Nak yang kaler merah keh...

Hoih!pasni nak siap gi kerja.sambil menghapdetkan blog ni aku masih belom mandi dan ketiak aku masih berbau nivea white yang dipakai semalam.Handal bukan.

sambil x mandi ni aku sedang mengintai-intai adek aku di dapur..adekah die sedang masak masak??belom sempat nampak ape2 aku terbau ikan masin goreng..damn!ikan masin lagi.tapi bila diamati..owh,mungkin ikan bilis goreng cili api..nyum nyum...lapar dah ni.

Aku nak sedia untuk lunch...babai

p/s:alih2 adek aku cakp die masak udang sambal..telan air liur dowh!

Ikan terubok aku xtau masak.

Selamat pagi...dah selalu sgt asyik bgn pagi so bile pagi x kerja pon still aku bgn pagi...mcm x caye lak..Arini aku shift petang...dah berpisah dah ngan group time arts and rakan2 dlm kelas soft skill training....x best jer rase.abaikan

Smalam sesi tangkap2 gambar..Make aku update blog ni bb nak upload gmbar..jap jap.




Aku pon takut sendiri.


1. Ni bahagian betis.Susah doe nak cangkung..


2.Ni mestilah ibu jari.Aku x sanggup tgk.pas amek gambar terus balut balik.


3.Ni dah serupa kaki mayat.X pon cam gambar kat kotak rokok.owh kaki.


terima kasih kerana menonton..Sekian berita terkini.

Kemalangan meragut nyawa kekasih.



Hari ini dalam sejarah.Aku eksiden dengan bergaya sekali..Agak teruk aku rase.

Trimas kawan2 aku yang tolong aku.Trimas pade Lan yang susah payah tarik moto aku gi bengkel..Trimas pade lili yang amek aku.Trimas pade orang yang langgar aku sebab anta aku gi klinik and bayar moto aku yang masuk bengkel..mak aih..

Gambar kaki tu hanye separuh dari kecederaan yang dialami.Belom tunjuk kat badan,tangan muke dan kepala...Tapi aku boleh teruskan kehidupan lagi..

pengajaran!!!!
aku rase kejadian ni sume ade kene mengene dengan ape yang aku penah cakap..sebab semalam aku ngan member aku pikir cane nak gi alasan nak dtg lambat gi kerja..so,salah satu dari ideanyer adelah motor rosak...sebab mulut masin make benda tuh betol jadi cume lagi terok dari jangkaan..

Neway,aku gembira sebab aku masih hidup..

P/s:thanx banyak kawan-kawan yang melawat aku..susah payah jer.especially lili,nad,melo,narif,arep,nina,awatif and gman...korang memang kawan sebenar.kepada awatif and gman trimas sebab snggup dtg umah aku walaupon korang letih and dtg dari jauh..hehe.Sayang korang..mmuah mmuah.

The time arts..

Ok..dah cukup 5 hari aku training untuk customer service kat vads..balik ofis terus leith and tido..penat lain macam.But today aku rase aku dah leh adapt with the environment.@ hari pertama pasal kontrak and kontrak and rules..then after 2 days training start for soft skills.Seronok seronok seronok.

In the training me and the others are trained to speak with empathy,how to handle stress and paling aku xleh lupe is a game given by the trainer..game pasal a person characteristics..there are 4 character of it..Which is eagle,peacock,pegion and owl..i'm a peacock..peacock nye definition is a person who is expressive.Contohnyer seorang yang suke menekspresikan sesuatu secara terang. a person yang kelam kabut,hidup untuk buat semua rase gembira,memntingkan persahabatan or relations with family...agak show off dan suke diberi perhatian..mase that trainer named suren bagitau pasal benda ni aku cam..woah,same dow!!but dalm 30 orang in that class only 6 people are peacock category..yang mane hanye aku sorang pompuan..ya terbukti aku sgt show off.bak kate kanthan(seorang india dlm class aku) jangan tersinggung ya..

Aku kenal ramai orang..macam -macam jenis,perangai,level dll..walaupon sgt jauh ofis itu yang mane ambik mase 30 menet untuk sampai aku rase cam seronok jer..tapi skang aku nak gi interview for one position kat persiaran richie which is sgt lah dekat ngan umah aku..fuck!!aku konfius.nak pergi or tidak.

Walau ape pon,sok baru decide whether to continue or not..

TQ for calling TM.Azza speaking,how may assist you?

Damn.

penjejak psaiko.


Aku ingin melunaskan disini bahawa aku sayang bofren aku...mak aih.tlong jangan stalk aku..seram dowh!tidak kira momentum bagaimana pon yang ko berikan.kau syaitan!

aku pernah janji ngan diri aku sendiri.dalam dunia ni ader 2 orang yang aku akan pukul sampai hidung berdarah terpancut-pancut ...jangan bagi aku nampak muke korang or nampak motor korang kat mane2..korank x kenal lagi aku sape!!!!

kepada encik silalah jaga gelfren sendiri yer...

*pengaruh Tora Dora ni..

Mate bulat.

Semua orang kat dunia ni ade bakat mereka alone..Gile best!Aku???Suke gitar tapi x pandai petik supaye best masuk telinga..Kalau suara aku best aku nak jadi vokalis band aku sendiri.Masalahnye aku xder band malahan suare aku sumbang..cane?abaikan.Aku suke melukis tapi bukan mewarna..warna penat.Aku selalu pandai melukis time ader exam final or mid sem..mase tuh byk karya aku dihasilkan...pastu aku susun cantik2 dalam fail.skang dah xder exam.make aku pon dah tak melukis.

Skang aku malasnye nak menaip...bai lah..

bintit bintit kehidupan


Sambil aku mencomelkan diri dengan mengemaskini laptop ku, dengan tidak semenanye aku tertembung dengan gambar ini..Ceni rupenye care aku tgk tv..x pasan lak aku..memang xder kesantunan...alarh,kat rumah sendiri je pun...xkan aku nak kene duduk bersila lak kan...x kebas lak celah-celah peha dok ngadap tv..kalau dah cite tuh hindustan lagi ar kebas abes.Silap ari leh bernanah..hish..aku dah over reaction.okeh lar...nikmati pandangan anda..

Nota kecil: Jadi diri sebenar,x payah tipu diri sendiri dan orang lain.kalau betol die kawan ko they all akan terima korang seadanye walaupon muke ko pecah cam baru pas kene lenyek tayar...Tapi jangan ar kalau ko kepale angin pon ko nak tunjuk..tuh memang nak mintak kaki paling haram pon kena libas ngan sodok gali kubur tuh.best kan?(rupenyer nota kecil ni xlah kecil mane)

dek...nak order. dek...nak kire.mahalnyer!!!!

Woah..dah 2 minggu aku kerja rupenye.Skang ni aku kerja kat *****kitchen (sejenis warung). Hari first aku kerja kat menara polo sampai hari ketiga.tak penat sangat sebab kawasan residency so cam orang tak ramai. Tapi disebabkan kekurangan staff kat branch luar aku terpaksa diletakkan diluar..start kerja kul 5.30petang sampai kul 11.30malam.kemas sume abes kul 12.30pagi..walaupon aku ni hanya orang yang kena duduk kat cashier tapi kerja aku bukan jage cashier jer.Aku kena amek order,kire bil,angkat pinggan makan,hantar order air dan makan,kena marah customer,kena ngorat kastemer,bengang ngan orang kat dapo lagi,susun meja kerusi bile nak tutup.nampak jer cam senang.tapi letih!

Dulu aku selalu lepak kedai makn ni...kadang2 order makan lambat sampai..dari lapar terus rase kenyang.Bile dah kerja baru aku paham nape order selalu lambat!!!sebab tukang masak die bangang!tukang masak yang chinese food lah...tukang masak yang thai food dah siap masak untuk 6 table..tapi apek bodoh ni nak masak beef fried rice 4 pinggan je pon amek mase berjam jam..pastu bile aku soh cepat dorang bising.soh sabar..abah ko lah!!yang kasteme dok pandang aku,yang kasteme dok marah aku (dah ar marah nak speaking!marah sgt lah tuh!) ko stakat dok dapor sebut aper nak kena masak senang lar..pepet!!marah ni.marah ni.

Ade sorang staff ni umor die 42 tahun..memang aku salute ar die...buat kerja memang komplit..sudu garfu senduk semua dah sedia xyah aku nak mintak2.kire cam kerja aku dikongsi bersama dengannye lah..x lar rase kelam kabut sgt.tapi sebab die dah sakit 2 hari sorang staf baru dah ganti die..pergh!!cuci pinggan pon lame..sudu garfu setiap kali aku kena minta.senduk apetah lagi.tensen tensen.

Aku xderlah nak kate aku ni pekerja yang baik tapi panas kot hati ni sebab aku x suke kasteme buat muke bengang bile order x sampai sampai.Aku cam nak jer dorang try kerja situ..amek pengalaman..paham sikit.Elleh,kalau kat restoran mahal order lambat sampai x der pon nak "dek,where is my fried noodle?"..seram bhai nak pandang muke die time tuh..tapi terpakse gak cakap "errr,Sorry bang,otw nak masak".Biler dah masak."kire lar"(dengan muke kerek).."saye xnk makan.."PanT*t!!!

Yang sorang staff ni lagi x boleh blah..kerja nak sound jer.."Klu nak cepat makan lar kat umah.masak sendiri"..abes tuh klu xder orang nk makan kat kedai, mak ko nk bagi duit ker lahnat!..dah lar kurang kebersihan.yang ko pi letak kucing dalam laci apron ko sape soh..pastu ko dok masuk tgn dalam tuh.pastu ko pegang bawang goreng kasi hias atas makanan...macik ko!!!x paham aku.

letih dowh..aku x letih buat kerja tapi letih tengok orang tak semenggah.

sekian lah rapikan aku..sain out!