palat nye hidup.tapi x sepalat semalam.

maknenye setiap ari macam-macam masalah akan datang.senang jer nak datang tapi nak soh pegi bukan main susah lagi. disebabkan kepalatan ni aku eksiden lagi.naper lah aku gi ngelamun atas moto.kan dah padah.

masalah betol hidup.kimak lah.dah xder idea.tido lu.mlm.

KL+kereta+old friends+pantai.

HARI YANG SENANG DAN TERIMA KASIH.

AUGUST 16TH 2009

the fantasy begun.

mengisi masa lapang dengan ingatan dulu2..buat aku tergelak cam gile sorang2 pastu nak ternangis sekejap.lucu...bagi aku lah.last 2 weeks sampai semalam aku kerja kul 4.30 petang sampai 2 pagi.rase macam hidup ni untuk kerja jer.dah lame tuh aku dah sedap kerja malam.dah terselesa.time tu gak ar jadual baru keluar soh keja 7 pagi sampai 4.30 petang.nasib ko lah za sape soh keja situ.

aku x suke mengadu.aku benci mengadu.aku fuck ngan rungutan.tapi skang aku rase aku ade banyak benda untuk dirungut.

ajar aku untuk "berubah" dan i will follow your rules forever.

pendapat:

1.kahwin bagi aku adalah untuk mengelakkan kau ditangkap basah.

2.cinta tu mengarut.

3.perasaan sayang mustahil berlaku kalau baru seminggu kenal.sebab aku amek mase berbulan nak sayang orang.

4.xyah lah nak cakap orang tuh bestfren kau kalau setakat status dah lame kenal.

5.cantik rupe x semestinyer cantik hati.tapi si huduh x semestinye hati baik.

6.pengotor tuh datang dari orang pemalas.tapi pemalas x semestinye pengotor.

7.rokok x buat kau kurus tapi rokok buat kau hilang selera makan.


-selamat ganti puasa-

Selamat Hari Jadi.

Hari ini bertarikh 10 Ogos 2009..maka umur aku pun dah 21 tahun.

Thank you to my mom and adik beradik for everything.Thank you for being there.Thankyou to my cinta yang masih bersama aku and menyayangi aku.hehe..Not to forget my kawan2 nadia,nina,arep, melo, yang celebrate birthday aku bersame. lili a.k.a Mas yang kol aku walaupon lakonan die sangat LUCU.(amek biskut ni gi makan kat luar)....and other friends yang x wish birthday aku sebab lupe.xper aku paham..hehe.but thanks gak pade sape name aku x sebut but korang ade msg or comment aku..

love you all's...


so,my 21st azam was menukarkan diri sendiri kepada yang lebih biase dan cool.
-rokok membahayakan kesihatan dude-

Pukul Lantai..

yeah...sok secara rasminya aku akan jawab kol customer...yes!kerja kul 4.30 petang sampai 2pagi...ceritera hebat untuk aku....


nak mandi.
update later!

what a life..kan?

Today was a down day for me..gile punye down.since last thursday waiting my turn for OJA which is to precisely known as On Job Assesment. Suddenly bile dah sampai turn, whole badan shaking.Otak jadi blur gile..Ini very critical situation for me lah to get the job.Takdelah masyuk mane pon kerja ni..But i've studied for 2 months ok nak hit floor.

The situation was i've got to answer 5 calls..But in 5 kol tuh boleh plak ter "fatal" satu.Shit babe.The rules was satu fatal sumer fatal.perasaan kecewa tuh sampai aku duduk bawah meja PC then nangis x berlagu.It's not that there's no second chance.But cam x worth it if i have to take for the second seating..Series buang mase.

Tapi sok,aku akan jumpe gak QA(upper level) yang test aku tuh..Aku nak die pas kan gak aku...1 out of 5 kot...takan pasal 1 kol tuh aku nak gelabah lagi..aduh!

Make,esok akan jadi penentu happiness aku..Azza,aku sokong kau.

Selamat malam.

Sumandak kunu!

hoh..sebagai mula bicara. Tadi aku on ler facebook tuh.. sekali ngah aku dok belek2 application yang aku nak ignore tibe aku tertarik lah dengan satu app ni... Tajuk~~~~what is in your kundasang name? aku try lah...sekali kuar gantutok. paham bagai aku!skang ni bagi orang yang kat kundasang ke or sape2 yang paham GANTUTOK tu ape, amat dipersilakan untuk translate kepada saye asap... orait.

selamat tidur.

The thing is inside you...waiting to be discovered.

Poyo..(discover or discovered?)

Kekuatan dan kelemahan seseorang tu terletak pada diri sendiri. Yang penting is the kepeercayaan yang kita taruk kat diri kita. For example kunun; Kita disyorkan oleh macik kite lah contohnye kalau kite makan vitamin minda kuat ni kite akan jadi cepat pikap ape yang kite belanja.Konon cam benda tuh meransang minda..Padahl vitamin tuh xder effect pon.Tapi sebab kite termakan kate2 manis macik kite tuh maka kite pon cube..(yer aku tau x sume percaye ape orang len syorkan)...

The thing is ekceli kekuatan,kerajinan,kesungguhan,kemantapan tu sume datang dari diri kite sendiri.cume kite xde keyakinan nak buat ape yang kite nak lebih lebih lagi kite selalu fikir diri kita tak layak atau x mampu buat...So,kesimpulannya kite mesti yakin dan berani untuk menyuarakan pendapat.supaya kita tidak kalah pada situasi.

nota kecil: aku sendiri masih berusaha untuk menaikkan keyakinan sendiri sebab aku penakut.

Seluar kecik bawah ade zip

Hidup aku bermakna betol arini...lamenye rase x update blog sendiri.Pagi2 lagi aku dah bangun dengan cargas...tak pagi sangat lah..kul 11 in the morning baru bangun.tuh yang cargas len macam..untuk hidupkan mood bangun dari katil aku play lah video dlm henpon aku..video dak kerja aku yang kena menari sebab masuk lambat...lucu.

Dengan harapan yang tinggi aku bangkit lah dari katil aku yang sedikit retak,x sampai 8 saat mak aku dah soh aku gi beli santan 2 kotak kat kedai runcit bawah umah...aku sarung pakaian dalam,cuci mate sikit terus turun. Pagi2 lagi aku dah belajar mengira untung rugi. Satu santan kotak kecik 200ml harge RM2..santan 500ml harge rm3.90...MOTIF!!!gile rugi beli santan kecik.
So aku buat keputusan untuk beli yang 500ml.~bak kate lili...SYABAS.

Selepas tuh aku jalani hidup aku seperti biasa meluangkan masa bersama cinta dan kawan2.Dilanjutkan masa itu sampai ke 11 malam...lalalalalallalalalalalalalalalala(ni lah ringtone henpon aku)...mak aku dah kol..~~aaaa,dah kul brape ni?bile nak balik?dari pagi siang keluar x reti balik...balik balik.

aku pon balik.tukar baju tido.tapi x reti2 lagi nak tido.tuh yang mengadap PC ni..
Selesailah carutan aku disini..salap salap salap.

UNDUR DIRI~

Pengakuan yang entah bermakna atau tidak.

Cinta,aku mengerti perasaan kau. Aku tidak menyalahkan kau atas apa yang kau kata atau kau fikir. Mungkin kerna pengalaman sepanjang kita bercinta.Kau mula berfikir, kau mula berwaspada. Segala karenah aku kau layan,kau sabar menerima,kau sabar memahami.

Cinta, aku mengaku dulu aku bukanlah kekasih yang setia. Aku curang, aku membohongi kau dalam sesetengah perkara. Namun,itu semua dulu, saat itu aku masih cuba mengenali erti setia. Walau besar salahku,kau tetap tabah menerima aku kembali.

Cinta, ini sekarang. Aku cuba berubah. Aku ingin kau tahu bahawa walau beribu putera yang aku kenali hanya kau seorang dihati. Dalam setiap gerak-geri aku sentiasa mengingati kau. Jangan kau bimbang namun aku tak memaksa. Kau punya perasaan dan aku tidak berhak menghalang.

Cinta, ingin aku tekankan, paras rupa bukan keutamaan.Cukuplah sekadar sedap mata memandang. Aku cinta kau dengan apa yang ada pada kau seadanya. percayalah kata aku bukan dusta. Misal aku sudah tidak boleh menerima akan aku berterus terang pada kau bahwa aku sudah tiada ruang untuk kau dihati.

Cinta, seperti yang kau pernah berkata, perasaan manusia berubah-ubah. Kerna statement itu aku tidak gagah berjanji pada kau "aku cinta kau forever". Jauh disudut hati aku cuba untuk mengekalkan hubungan ini. Aku cuba untuk menyayangi dan mencintai kau sepenuh hati malah cuba untuk bersama kau sehidup semati. Kerna aku sendiri tidak berkuasa mengawal masa hadapan aku cuma mengikut apa yang telah ditentukan. Hidup mati ditangan Tuhan apatah lagi jodoh pertemuan. Aku setia kau juga setia tapi jika tidak dijodohkan tiada guna kata manis yang diucapkan.

Cinta, aku cuma mahu kau memahami sekali lagi, didalam entri ini mungkin aku akan berkata "sayang,aku cinta kau sampai mati".Tapi adakah itu bermakna selamanya?? Kata-kata manis bagiku hanyalah sebagai perhiasan untuk memuaskan perasaan seseorang. Maka haruslah kau mengerti bahawa aku tidak mengharapkan sesuatu dari kau untuk jangka masa yang panjang ini.

Cinta, sekarang kau kata perasaan aku mungkin berubah tapi pernahkah kau fikir bahwa suatu masa nanti kau pula yang berubah?pernahkah?

Cinta, entri ini bukan untuk menyakiti hati kau tapi untuk aku membuktikan bahwa aku masih mencintai lelaki yang aku kenali dulu dan masih mencintai lelaki yang aku kenali sekarang. Dengan satu nama satu identiti namun lain perwatakan aku tetap mencintai aku seadanya kerna kau adalah lelaki pilihan aku. Jika aku sudah loya maka aku kan katakan pada kau apa yang sepatutnya.

Cinta, aku tahu kau masih ragu. Apakan daya ini saja yang mampu aku katakan. Percaya atau tidak itu ada pada tangan kau.

*Buntu idea.

Transformers tu perlu ke untuk digilakan sangat.

Sejak dari hari first transformers tu kene tayang,tiket cite tu asyik sold out jer.Pertama kalinya aku gi Times Square tengok makhluk manusia beratur lebih 1000km nak beli tiket(xyahlah caye babal).Tak pasal-pasal aku yang tanak tengok Transformers kena beratur sekali..palat!.tapi aku x kisah,sebab pas 5 minit aku keluar dari barisan dan terus meluru ke kaunter tiket.YES,aku tipu.malas doh nak beratur.so aku blah je.Len kali ar tengok.Persoalannya..kenapa aku tak suke Transformers?Sebab mase kecik dulu aku x suke tengok kartun die pon.kenapa sekarang bile benda tuh dah jadi femes,and bile ramai orang histeria nak tengok cite tu maka aku pon poyo2 minat.(elok sikit perangai tu za,x beik hipokrit).Tanye sikit.....

Sok kerja,sekarang dah 12.34 pagi.Hoho....kononnye tadi si Azza ni nak study untuk mock call sok.Bile nampak PC sehelai atas meja terus cam lupe sumenye.Skang dah ingat balik and damn aku tak iron baju lagi.Semak-semak.

Teruskan kehidupan.Sok ko cantik.(rasa diri sendiri bagus)









p/s:abah die ar,asal aku rase cam entri aku akhir2 ni cam kimak.

malu tapi suka....Urbanscapes 2009.

wohohoho.buat julung-julung kalinya aku menjadi seperti seorang fanatic yang x keruan..Aku tabik habis ar kat merah ni a.k.a Zahiril Adzim..Thanx to lili yang pergi sergah mamat ni sampai sikit gi nak tercekik air coke(kalau aku x silap).Aku x kisah aku serabai dalam ni yang penting ko rock..

Sakai tol azza ni.kawan korang ker wei?

Klue urbanscapes masyukkan BENANG.


Ini interframe jer.ape masalah dorang tah.


pergh semalam one day berjemur,berhujan dan bermalam-malam di KLpac.Seronok.dapat amek gambar ngan zahiril adzim..ko rock dowh!!haha.Booth kitorang jadi tumpuan sebab sain yang aku buat..pelik sgt ker.aku x paham.


------------------------------------------------------------------------------------------------
Today,tido ke laut...kul 11 pagi baru bangun.rase cam frust jer sbb mlm tadi aku tido kul 5.sepatutnyer aku kenalah bangun kul 1 tengahari.tak adil betol mate ni...Siap2 gi keluar ngan okie,tapi kul 1.31 ptg dah kena balik umah.

Aku tatau aper motif aku update blog.TAdi aku rase cam ader banyak gile idea dalam otak aku.Bile on jer PC sume idea hilang seperti melepaskan kentut ditangga.Kecewa.

Makan.

Perginya Michael Jackson


Aku bangun pagi jer adek aku and kazen aku bising.Michael Jackson mati.Aku tanyer kenapa??(Breaking News) Michael Jackson Died, Perginya Seorang Raja Pop Dunia


Bace lah...Blog ni kazen aku yang punye.Sila lah bace.

Tapi aku rase macam aku ader kuase.Sebab semalam ngah lepak makan jagung Aloha ngan melow depan 7e aku baru cakap ape jadi kalau Jackie Chan mati.Gila kontroversi!!Alih-alih Michael Jackson yang arwah dulu.Pon kontroversi gak.

In my opinion yang sahih xder sape yang leh ganti kedua-dua jack ni....

Ape yang terjadi jika....

Ape yang terjadi jika....


Aku tak duduk kat tempat aku berada sekarang?
Aku seorang lelaki?
Aku mengamalkan seks bebas?
Aku seorang yang genius?
Aku seorang yang kaya?
Aku seorang yang sangat cantik & tinggi cam model antarabangsa?
Aku seorang yang berpura-pura?
Aku tiada keluarga?
Aku xder kawan?
Aku xder payudara?
Aku xder matlamat hidup?

atau

Aku bukan ape yang aku ader sekarang...

Maknenye aku bukanlah Azza Taidin.
Mungkin aku adelah seorang lelaki yang kacak dan jambu malah berbody menggiurkan semua wanita disekeliling.Pulak tuh aku mengamalkan seks bebas sebab aku sangat kaya dan kegeniusan aku membuat ayat2 cinta mengaburi semua wanita.

Nasib baik aku bukan lelaki sebab aku lagi suke diri aku yang sedia ada.

p/s:ini entri mengarut...sial jangan ambil berat.