I spend my time just thinking about you.

Hidup aku muzik,
Ada indah ada gundah,
Layarkan diri ke dunia sendiri,
Dengarkan alunan nada romantis,
Kasar diri lembut dihati,
Maksud tersimpan dalam setiap lirik,
Dan setiap lirik memberi aku kekuatan,
Menguatkan perjuangan untuk mengejar yang depan.

mood mengada


Kiriman kepada diri sendiri.

Hujan malam bawak angin sejuk..

Ingin saja aku kata,
Ingin saja aku sentuh,
Aku nak kata aku suka,
Tapi aku takut nanti terluka,
Bukan aku yang luka,
Tapi mereka...

Bukannya suka sangat,
Mungkin hati yang senang lekat,
Hairan fikir ku,
Senang nak lekat..senang juga nak lupa,
Senyum gembira atau senyum yang gatal,
Ahh,biarkan sebab aku tak bagi harapan.

Say a single word.

Cantik tak secantik dulu,
Indah tak seindah sekarang,
Gusarnya hati mengira yang datang,
Hentikan masa agar aku faham,
Apa yang telah terjadi sudah pun jadi,
Apa lagi yang perlu aku lakukan supaya aku memahami,
Berpura-pura kata biasa padahal kental menahan pedih dihati,


Lintas langsung.

Ayat kau sungguh indah,
Tapi apa aku kisah,
Esok kan ada,
Jadi aku kena gembira,
Kalau tak nama aku bukan AZZA.

Because I think I'm a Dumb Ass..shiiitttt.

Hati panas susah nak lelap,
Bila tak lelap mula lah nak marah-marah,
Semua benda pun tak kena,
Semua benda pun salah,
Semua benda pun menyampah,
Semua benda nak di campak,
Semua benda nak di maki,

Bila fikir lagi,
Kadang rasa salah,
Kadang rasa kenapa salah!!,
Nak saja aku lepaskan,
Nak saja aku teriakkan,
Nak saja aku buktikan,
Tapi sebab 'kadang rasa salah',
Yang 'nak saja' itu aku pendamkan,

Apa kah celaka,
Apa kah kau.
Kau diam jangan berkata,
Kerna ini hanya luahan rasa,
Aku tak kata kau ada kena mengena,
Tapi kalau dah baca jangan nak terasa,
Sebab entri memang tak bermakna,
Hanya emosi semata-mata,
Biar kan saja...Noktah.

Tanpa maksud

Aku jalan sambil gelak ketawa,
Aku tiba-tiba terdengar "azza"
Aku pandang aku toleh,
Aku kata "eh kau!HIJAU",
Aku selamba ja,
Aku pun lalu lepas sentuh tangan,
Aku rasa aku kenal.
Aku jalan ja terus,
Aku pon order nasi lemak,
Aku makan dan kenyang,sedut sikit limau ais

Aku sedar sekarang aku dah kat depan PC.
Tapi bukan dirumah tapi kat CC.
Kawan-kawan aku ade kat kanan and kiri,
Aku buat-buat lah tak reti,
Pastu aku sekarang tengah taip-taip gune jari.
Dorang main Dota tak henti-henti,
Aku tak main sebab buta IT,
Bile dah takda kerja ini yang terjadi...

woi!!sok aku cuti.

Mencurahkan sirap ke baju.

Pengakhiran yang sempurna adalah bila kepuasan itu ada.
Walau pengakhiran itu kecewa namun sangat bermakna.
Biarkan saja kenangan lama kerna esok masih ada.
Kata orang "patah tumbuh hilang berganti".
Tapi patah hati dah taknak tumbuh lagi.
Persetankan kata hati teruskan mencari.


Terus mengejar tanpa noktah.

Hari-hari raya kotak gembira.


Yeay, raye pertama kat tempat kerja.



Konon-konon cam gembira tak dapat raya bersama keluarga


Kotak pun gembira tau dah raya.(bahagia ko kotak ea)


p/s:japgi raye umah lili nak amek gambar byk2.tenet tenet!!

Aidilfitri yang lalalala...

UMAT DUNIA
SELAMAT HARI RAYA AKU JERITKAN
AMPUN MAAF AKU LEMPARKAN
TERIAKAN KEMAAFAN AKU HARAPKAN
HARI RAYA YANG BAHAGIA JANGAN DILUPAKAN




(sebab hari raya aku kerja 7 pagi okay yu olls)

Ligatnya aksi.

Permainan bermula dengan ajakan,
Disambut dengan senyuman memanjang,
Ciuman di dada aku berikan sebutir hati engkau campakkan,
Walaupon tahu akan berjauhan,
Namun langsung aku abaikan,

Janji manis kau suarakan hati mendengar terasa kembang,
Bila janji tinggal janji hati kecewa aku taburkan,

Biarlah bintang malam menjadi
video recorder,
Malam pertemuan diingati selamanyer,

190909

Bersemilah jiwa

Kehadiran yang tidak patut berlaku,

Kekecewaan yang tidak perlu hadir,
Sentapkan tubuh melunaskan nafsu,
Tarikh keramat buatnya adalah tarikh kematian buatku,
Salaman maut di-berikan kucupan tangisan terlampias,
Kekejaman waktu menghancurkan jiwa,
Jiwa yang berbunga lantas layu sepetik jari,
Ku tiupkan jauh neraka itu yang aku mahu hanyalah syurga,
Syurga yang tidak mungkin datang,
Keratan lusuh mempertikaikan keadaan,
Lalu menyerah pada yang mahu menerima.

Langkah-langkah keberanian

Bila langkah terhenti seakan-akan dunia berputar,
Dunia seperti mentertawakan kebodohan diri,
Menyedarkan diri dari lamunan yang kelam.

Perasaan yang semakin memaksa membuat diri sendiri gila,
Gila kerana sesuatu yang diri sendiri tidak mampu ucapkan,
Bukan gila yang mental tapi gila yang tak keruan,

Setiap perbuatan seperti ada yang kurang,
Setiap percakapan ada yang tersasul,
Malu untuk berubah atau tiada langsung niat berubah,
Tapi hanya pendirian yang terlalu ego.

Ego dan kebodohan memerangkap diri sendiri,
Di dalam kekecewaan yang dihadapi.
Tahankan nafsu diri untuk masa hadapan,
Berubah untuk kebaikan.


Bahasa kesempoian.

Ketara-an yang tidak ketara,
ketara-kan apa yang mahu diketara-kan,
Apabila ketara itu ter-ketara,
maka akan terlihat ketara itu,
tiada cacat cela yang mampu membidas,
namun yang ketara hanya yang terketara.

Panggilan bersahaja.

Berjalan sendiri sambil tersenyum,
Kisah bermula dengan hanya satu kata,
Panggilan yang selamba menceriakan suasana,
Harapan yang tinggi tapi resah dihebahkan.

Azzataidin

The pokok is not tinggi.

"THE POKOK IS NOT TINGGI"

Keriangan tak terhingga tapi hidup masih sengsara.
Mencari kehidupan terbuka dengan nada berpura-pura.

Tiada halangan tapi dugaan sentiasa datang.
Hanya alasan dan penipuan menjadi penghadang.

Ditepis terus hilang dan diam datang kembali.
Cerita masih panjang tapi akhirnya terpaksa menanti.

Susah mencari, bila ketemu tidak mampu diganti.
Mengharap sesuatu yang pasti.
Namun pastinya bukan milik sendiri.

Tanda tanya masih tertanya-tanya.
Dialog bualan disimpan ke memori,

"The pokok is not tinggi" akan sentiasa diingati.

Azzataidin(cucu Suhaimin)