Langkah-langkah keberanian

Bila langkah terhenti seakan-akan dunia berputar,
Dunia seperti mentertawakan kebodohan diri,
Menyedarkan diri dari lamunan yang kelam.

Perasaan yang semakin memaksa membuat diri sendiri gila,
Gila kerana sesuatu yang diri sendiri tidak mampu ucapkan,
Bukan gila yang mental tapi gila yang tak keruan,

Setiap perbuatan seperti ada yang kurang,
Setiap percakapan ada yang tersasul,
Malu untuk berubah atau tiada langsung niat berubah,
Tapi hanya pendirian yang terlalu ego.

Ego dan kebodohan memerangkap diri sendiri,
Di dalam kekecewaan yang dihadapi.
Tahankan nafsu diri untuk masa hadapan,
Berubah untuk kebaikan.


Bahasa kesempoian.

Ketara-an yang tidak ketara,
ketara-kan apa yang mahu diketara-kan,
Apabila ketara itu ter-ketara,
maka akan terlihat ketara itu,
tiada cacat cela yang mampu membidas,
namun yang ketara hanya yang terketara.