Bersemilah jiwa

Kehadiran yang tidak patut berlaku,

Kekecewaan yang tidak perlu hadir,
Sentapkan tubuh melunaskan nafsu,
Tarikh keramat buatnya adalah tarikh kematian buatku,
Salaman maut di-berikan kucupan tangisan terlampias,
Kekejaman waktu menghancurkan jiwa,
Jiwa yang berbunga lantas layu sepetik jari,
Ku tiupkan jauh neraka itu yang aku mahu hanyalah syurga,
Syurga yang tidak mungkin datang,
Keratan lusuh mempertikaikan keadaan,
Lalu menyerah pada yang mahu menerima.