Perasaan dilema,
Aku perlu cari hala tuju,
Kenapa perlu menanti jika sudah ada terbukti,
Apa lagi yang ditunggu patut pergi saja dari situ,
Buktikan pada diri yang masa depan itu ada lagi....
Perasaan dilema,
Aku perlu cari hala tuju,
Kenapa perlu menanti jika sudah ada terbukti,
Apa lagi yang ditunggu patut pergi saja dari situ,
Buktikan pada diri yang masa depan itu ada lagi....
Ahhhh...kau!
Hidup aku tidak lah terlalu sempurna,
Hidup aku tidak juga terlalu kurang.
Maka hidup aku adalah sedang-sedang.
Aku selalu keliru,
Kadang2 aku rasa aku sendiri yang suka mengelirukan,
Kenapa perlu aku keliru bila aku sedar ia tak perlu dikelirukan,
Aku rasa juga mungkin keliru itu datang dari kegelojohan...
Dah terlambat...
Kenapa perlu dipersoalkan jika ia sudah terang dan nyata,
Kenapa perlu dihairankan jika ia sudah berlaku,
Aku tetap aku cuma waktu terlalu cepat berlalu,
Ini hidup aku tiada kaitan dengan kamu,
Jika mahu aku gembira biarkan aku pilih,
Biar pilihan aku itu berbeza,
Namun hati aku tetap sama.....
*Nothing on you.
Aku dah jumpa.
Aku dah kata kat dia yang aku suka,
Tapi dia tak kata apa,
Aku tak nak paksa sebab bukan semua boleh terima,
Jadi aku buat-buat lah redha sedangkan aku rasa rana.
Aku pura-pura buat biasa macam aku dah tak kesah.
Tapi dia buat tak kesah lagi bikin pana.
Apa yang aku cuba buat,aku sendiri meluat.
Meluat sampai nak lari jauh dari dunia ni,
Tak nak dah fikir masa depan dan masa belakang,
Biar je dunia ni bergerak atas paksi sendiri.
GERAM!!!
Ingin ku simpan kau selamanya,
Namun aku mengerti kau perlu pergi,
Kau akan sentiasa dihatiku,
Kerna kau tiada pengganti,
Gelap malam mengingatkan cerita dulu,
Aku berharap kau berhenti dan menyapa ku,
Tinggalkan segala sibuk mu hanya untuk ku.
Masih berharap untuk berada disisimu,
Aku hanya mahu simpan kenangan lalu dihati selamanya.
Kenapa perlu berkata bila perlakuan sudah terbukti,
Apa yang jadi sudah pun jadi,
Setiap yang tersimpan sudah ku luahkan,
Kau mengaku sementara kemudian kau ulang kembali,
Hati ku kosong bagaikan tiada isi,
Sekarang ku biarkan,
Lama nanti ku tinggalkan,
Meniti usia yang kian kelam,
Aku masih mencari jalan kehidupan,
Belum puas lagi ku lalui,
Masih ada yang belum ditemui,
Aku masih mencari identiti,
Tapi belum ada yang terbukti.
Terpaksa aku harungi lagi,
Liku-liku hidup yang penuh persoalan dan tanpa noktah!